Friday 15 November 2013

Kejayaan selepas proses penghijrahan.

Assalamualaikum w.r.t...

Syukur alhamdulilah kita jumpa lagi pada kali ini.   Saya ingin berkongsi kejayaan saya pada tahun 2013.  Memang benar apa yang Allah janjikan, jika kita berusaha insyaallah kejayaan pasti akan kita kecapi.  Antara kejayaan saya pada tahun 2013 ialah:-

  • Pasukan Sofbol SMK Dato Haji Talib Karim menjadi Johan peringkat Negeri Melaka 2013 dan seramai 4 orang telah terpilih mewakili Negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan 2013.  Tahniah kepada semua pemain lelaki bawah 18 tahun SMKDHTK.
  • Pasukan Kelab Robotik  telah berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri Melaka 2013 dan mendapat tempat ketiga di Peringkat Kebangsaan 2013.  Tahniah kepada pasukan robotik SMKDHTK.
  • Saya telah berjaya mendapat tempat kedua untuk pertandingan Inovasi Guru peringkat Negeri Melaka 2013.  Dengan tajuk "Flexible Isometric Board".
  • Kumpulan saya telah berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan Inovasi Guru Peringkat Negeri Melaka 2013.  Tajuk inovasi kami ialah "Match & Draw". Tahniah Encik Amar, Encik Haszlan dan saya (Hjh. Rohana).
  • Saya telah mendapat anugerah Khas Pengurusan Kokurikulum peringkat sekolah SMKDHTK 2013.
  • Saya telah mendapat anugerah Kejurulatihan Pasukan Sofbol SMKDHTK peringkat sekolah SMKDHTK 2013.
  • Saya telah mendapat Anugerah pengurusan peperiksaan SPM SMKDHTK 2013.
  • Saya telah mendapat Anugerah Tokoh Inovasi dan Kretif 2013.
Syukur alhamdulilah. segala-galanya kepunyaan Allah saya juga sangat tidak sangka pada tahun ini usaha saya sangat dimakbulkan Allah.  Saya berdoa agar usaha murni yang saya usahakan ini akan saya teruskan dengan ikhlas dan dipermudahkan oleh Allah serta diberi kejayaan yang lebih besar, insyaallah.

Rindu Nak Menulis

Assalamualaikum...w.r.t

Salam 1 Malaysia kepada semua yang masih menjengah ke ruangan saya ini.  Rindu rasanya nak menulis di blog saya ini.  Namun maaflah kerana kekangan masa menghalang saya untuk menulis.  Agak lama juga saya meninggalkan blog ini....Ini kerana pada tahun ini saya banyak menumpukan perhatian saya untuk kursus haji.  Ini sebagai persediaan  saya untuk menemui Allah yang esa.  Dia yang telah mencipta kita semua.  Berbekalkan pengetahuan dan ilmu yang didalami dalam tempoh 8 bulan saya sangat berharap saya dapat menemuiNya dengan dengan penghijrahan yang terbaik dan diterima segala amalan dan ibadahyang saya lakukan.  Moga-moga saya telah memperolehi HAji Yang Mabrur, insyaallah. 

Manakala di awal tahun 2013 pula saya agak sibuk dengan tugasan saya sebagai seorang pendidik.  Segala tanggungjawab saya cuba laksanakan sebaik mungkin. Mudah-mudahan usaha saya diberkati Allah insyaallah.

Saturday 28 January 2012

Kisah Benar di Bulan Januari.

Update Testimonial January 2012: Puan Chua mempunyai 2 anak kecil. Satu hari dia memandikan anaknya. Selepas itu dia mendukung dan terus berdiri. Apa yang berlaku lutut kirinya berdetup. Dia mendapatkan rawatan doktor dan juga urutan kampung. Akhirnya lututnya makin membengkak dan perlu di operate. Selepas operate doktor tidak mengalakkan ia memakan sebarangan ubat kerana ia menyusukan bayinyer. Akhirnya ia menemui produk HDI Bee Propolis. Katanya Thanks HDI kerana lututnya kini beransur baik dan bayinya juga boleh menyusu seperti biasa. Alhamdulilah ya Allah.
  Beliau masih meneruskan suplemen bee propolis botol yang kedua untuk memulihkan lututnya yang kian beransur pulih. Alhamdulilah beliau dah boleh kepejabat dah...semoga berpuas hati dengan produk HDI Network. TQ

Pengalaman Yang Tak Di sangka

28.01.2012: Saya plan nak ke Masjid Tanah untuk membuat tempahan name tag pelajar2 sekolah saya. Malangnya name tag itu hanya akan siap dalam masa 1 jam. Untuk memenuhi masa terluang saya ke satu SPA untuk membuat lifting pada muka saya. Pada sesi hampir tamat staf itu bertanya:kulit kakak baguslah, kak guna produk apa yer? Saya pun sempat berkongsi produk ini: kak guna HDI produk Royal jelly untuk dalaman, soap propolis dan baru2 ini kak baru cuba 2 bulan B skin BB cream yang mengandungi royal jelly dan green tea. Ini bermakna cream BB yang saya guna telah menunjukkan hasil pada diri saya...alhamdulilah, terima kasih HDI.

Monday 21 November 2011

HDI Aloe Propolis Cream

 


                   Harga RM32/RM27 (Ahli)



Apa itu HDI Aloe Propolis Cream?


Krim ini adalah sangat unik kerana ia mengabungkan propolis iaitu agen antibakteria dan aloe vera yang membantu pertumbuhan sel baru dan dapat menghilangkan parut.Kedua-duanya dapat merangsangkan penyembuhan luka dengan cepat.
Krim ini juga diperkaya dengan bahan seperti bunga matahari, minyak jojoba, kolagen, elastin yang juga membantu proses penyembuhan luka.

Kebaikan HDI Aloe Propolis Cream

  • Melindungi luka
  • Mengandungi bahan pembentukan sel baru
  • Mengelakkan bengkak
  • Membantu mengubati semua jenis luka

Mengapa HDI Aloe Propolis Cream terbaik?

Kombinasi yang unik dan berkesan untuk menyembuhkan luka kerana mengandungi propolis dan aloe vera. Malah, ia dapat digunakan bagi semua jenis kulit.